Operasi Penternakan


Pada peringkat permulaan dengan modal sebanyak RM500.00, satu kolam simen berukuran 7x7 kaki telah dibina dan sebuah perigi bagi keperluan air dengan bantuan pam kecil berkuasa 8V telah disediakan. Di peringkat percubaan ini, sebanyak hampir 1000 ekor anak ikan keli berukuran 2 inci, telah diternak dan berjaya dijual dalam tempoh 4 bulan.

Tanpa modal dana dan bantuan teknikal dari mana-mana pihak, syarikat ini telah berusaha memperolehi modal pusingan melalui pinjaman peribadi Bank Rakyat dan setakat ini telah berjaya mengusahakan 16 unit kolam keseluruhannya di kawasan tanah seluas 2 ekar, di mana sumber bekalan benih pertama diperolehi dari Jabatan Perikanan Daerah Gombak.

Kolam yang bersaiz antara 12 kaki persegi dan 200 kaki persegi dijadikan sebagai pusat pembenihan dan penternakan ikan keli ditambah dengan satu unit pam berkuasa tinggi bernilai RM2000 disediakan sebagai ‘back-up’ bagi memperolehi sumber air sungai berdekatan jika berlaku kekurangan sumber air di bukit berdekatan.

Kolam percubaan yang pertam.


Waktu pemakanan ikan.

Kerja-kerja menyiapkan kolam .


Kolam yang ke 16-sedang disiapkan .

Telur yang telah disenyawakan

Telur yang mula mentas.

Anak-anak ikan yang berusia 1 minggu .

Anak-anak ikan yang berusia 2 minggu .

Ikan-ikan telah sedia untuk diapasarkan .

 
Web Designers In Malaysia,Web Design In Malaysia,Web Designers In Hyderbad,Web Design In Hyderabad,Web Design In India,Creative Web Designer